Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan berkata, gabungan itu telah dimaklumkan bahawa JPPM telah meluluskan permohonan Parti Cinta Malaysia (PCM) untuk menukar namanya kepada Parti Wawasan Negara pada 6 Julai.
“Sehubungan dengan itu, Wawasan secara sah menjadi parti anggota PN atas namanya mulai tarikh tersebut berdasarkan peruntukan Fasal 6.6 Perlembagaan PN,” katanya dalam kenyataan.
Pengumuman itu dibuat seminggu selepas Presiden Wawasan Hamzah Zainudin mengesahkan bahawa JPPM telah meluluskan pindaan pada nama, logo dan perlembagaan parti.
Beliau berkata, kelulusan itu merangkumi penukaran nama dan alamat parti, pindaan perlembagaan di bawah Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966, serta kebenaran menggunakan bendera dan logo baharu di bawah Seksyen 50 Akta tersebut.
Terdahulu, Naib Presiden Wawasan Huan Cheng Guan berkata, parti itu ialah penjenamaan semula PCM yang berpangkalan di Pulau Pinang, dengan peralihan itu dipersetujui beberapa bulan lalu tanpa melibatkan sebarang transaksi kewangan.
Huan yang juga pengasas bersama PCM pada 2009 berkata, kepimpinan tertinggi parti sebulat suara menyokong pengambilalihan oleh Hamzah dan sekutunya selepas PCM gagal meraih sokongan politik yang ketara sepanjang 16 tahun penubuhannya.
Hamzah juga berkata, penyertaan Wawasan pada PRN Negeri Sembilan akan diputuskan selepas perbincangan dengan kepimpinan pusat PN mengenai pembahagian kerusi dan calon.
PRN Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos, dengan hari penamaan calon pada 18 Julai dan pengundian awal pada 28 Julai.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment