NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nga Kor Ming juga ‘poster boy’ BN, Orang Melayu mahu menteri DAP letak jawatan



PETALING JAYA:
 Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming hakikatnya merupakan ‘poster boy’ kedua bagi Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor, apabila kenyataan kontroversi menteri persekutuan itu menyemarakkan lagi sokongan terhadap BN, dakwa bekas Ahli Parlimen Ong Kian Ming.

Ong yang juga pemimpin DAP berkata, beberapa kenyataan yang dibuat oleh Nga sepanjang kempen di Johor telah menjadikannya sasaran kemarahan ramai pengundi Melayu.

Ini termasuk ikrarnya untuk meletak jawatan sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan sekiranya bekas perdana menteri Najib Razak dibebaskan daripada hukuman penjara dalam kes SRC International.

“Kita boleh lihat banyak perkara yang diperkatakannya semasa dan sebelum kempen telah cetuskan reaksi negatif,” kata bekas Ahli Parlimen dua penggal itu.

“Ini pada asasnya buat pengundi Melayu berkata, ‘Saya akan keluar mengundi; saya akan pastikan BN menang dan Pakatan Harapan tidak (menang).’

“Dan perkara ini menjejaskan banyak kerusi yang ditandingi oleh PKR dan Amanah,” katanya dalam program Breakfast Grille BFM.

Perkara ini dipersetujui ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Elizabeth Wong yang memetik ikrar Nga untuk menggantikan kesemua 123 ketua kampung baharu di Johor dengan lantikan DAP sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan negeri.

Wong yang juga bekas Adun Bukit Lanjan tiga penggal berkata, ia merupakan kenyataan yang ‘bermasalah’ kerana bukan sahaja menyinggung perasaan orang Melayu, malah masyarakat Cina Johor yang tinggal di kawasan tersebut.

“Kita kena ingat, kesemua ketua kampung baharu dan kampung Cina ini amat rapat dengan akar umbi. Jadi, boleh bayangkanlah (apa akan terjadi apabila) kedudukan mereka secara hakikatnya terancam.

“Oleh itu, saya ragu-ragu mereka akan beri undi kepada kita,” katanya.

Nga juga telah menerima teguran keras daripada rakan menteri, Zambry Abd Kadir, selepas beliau melabelkan Kementerian Pendidikan Tinggi pimpinan setiausaha agung BN itu ‘lembab seperti kura-kura’ berhubung isu membenarkan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki universiti awam.

BN melakar kemenangan meyakinkan dalam PRN Johor dengan memenangi 48 kerusi daripada 56 kerusi DUN, menyaksikan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi diangkat sebagai ‘poster boy’ gabungan berkenaan.

PH pula memenangi baki lapan kerusi, kurang empat berbanding 12 kerusi yang dimenangi pada 2022, manakala Perikatan Nasional tewas di kesemua kerusi.


Sumber | FMT Malaysia








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo