Pemangku ketua PKR Melaka, Adam Adli, menggesa semua pihak yang berkenaan agar tidak tergesa-gesa membuat keputusan, yang boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran dan pembangunan negeri.
“PKR menghormati pendirian mereka namun keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan negeri bukanlah keputusan yang telah dipersetujui secara bersama di peringkat kepimpinan PH Melaka,” menurut kenyataan.
Terdahulu, Ketua DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, mengumumkan empat Adun DAP dan seorang Adun Amanah akan berada di blok pembangkang, selepas DUN meluluskan pindaan yang membenarkan pelantikan Adun dilantik, lapor media.
Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh berkata Adun akan dilantik itu pelengkap kepada komposisi sedia ada, bagi membawa masuk kepakaran, pengalaman dan pandangan daripada bidang-bidang diperlukan.
Khoo bagaimanapun berkata mereka tidak seharusnya dilantik sebagai Adun yang mempunyai kuasa untuk bersidang dan mengundi dalam DUN.
Mengulas lanjut, Adam berkata perbezaan pandangan berhubung isu Adun lantikan itu perlu dinilai secara teliti berasaskan prinsip kebertanggungjawaban, integriti, dan semangat demokrasi.
“Ruang perbincangan perlu terus dibuka supaya setiap keputusan dapat dicapai secara matang, bertanggungjawab dan demi kepentingan rakyat Melaka,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment