NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO-Pas tidak mahu lagi bergaduh, penyatuan demi kestabilan negara – Hamzah



SEREMBAN – Kerjasama antara UMNO dan Pas bukan bertujuan mencetuskan perbalahan politik, sebaliknya berasaskan agenda lebih besar untuk rakyat dan memastikan kestabilan negara, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurut beliau, tiada isu pergaduhan antara kedua-dua parti itu kerana semua pemimpin perlu mengetepikan perbezaan demi memikirkan kepentingan rakyat serta masa depan negara.

“Apa yang kita lakukan ini adalah sesuatu yang kita cipta gelombang di Johor kita bawa ke Negeri Sembilan untuk kita pastikan tidak ada lagi perpecahan di kalangan kita terutamanya kumpulan majoriti dalam negara kita. 

“Jika kita dapat pastikan kumpulan besar negara kita akan stabil dimana yang kita akan lakukan nanti kita boleh duduk bersama dan tidak ada lagi yang tidak percaya antara satu sama lain. 

“Di Negeri Sembilan nampak kami gaduh ke? Kita tidak bukan nak gaduh,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program kempen Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan.

Hamzah berkata, penyatuan antara UMNO dan Pas bukan digerakkan oleh mana-mana individu tertentu, sebaliknya hasil perbincangan serta kesedaran pemimpin parti mengenai tanggungjawab mereka sebagai ahli politik.

Ditanya siapa individu di belakang persefahaman antara BN dan PN, Hamzah berkata dengan adanya perkara itu parti-parti besar perlu duduk semeja bagi mencari titik persamaan dalam menangani cabaran yang dihadapi rakyat dan negara.

“Tidak ada individu yang menyatukan UMNO dengan Pas. Apa yang kita lakukan adalah semua pemimpin-pemimpin duduk sekali, berbincang dan melihat masalah yang kita hadapi hari ini.

“Tanggungjawab kita sebagai ahli politik adalah untuk rakyat dan bukannya untuk individu tertentu,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama berkenaan dibentuk atas agenda lebih besar untuk membangunkan negara serta memastikan kepentingan rakyat dan generasi akan datang terus terpelihara.

Hamzah turut menegaskan penyatuan kelompok majoriti dalam negara penting bagi memastikan kestabilan politik dapat diwujudkan.

Katanya, berdasarkan demografi negara, Melayu dan Bumiputera merupakan kelompok majoriti yang menjadi antara tonggak penting kepada kestabilan negara.

“Kalau kita dapat pastikan ianya satu, peranan yang besar, insya-Allah negara ini akan stabil.

“Kalau kelompok majoriti ini berpecah, amat sukar untuk mana-mana pemimpin melakukan sesuatu kerana mereka adalah tonggak kepada negara,” katanya.

Bagaimanapun, Hamzah berkata penyatuan tersebut bukan bermaksud mengetepikan kaum lain, sebaliknya semua pihak perlu bersama-sama berganding bahu demi masa depan negara.

Katanya, selagi masyarakat tidak berpecah dan mampu bekerjasama, masa depan negara akan menjadi lebih cerah serta agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih baik. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Masalahnya tu si wak tu.. orang tak nak dia.. jgk mat hasan, khairi...
    Dlm pas orang tak nak si mb kltn tu, jgk nik zawawi, cap bunga orang tak nak yiddin, jimin, anak azumu, dalam pkr orang tak nak anwar anak beranak, .. pkr kena bagi hasan karim jadi boss,m dan pm11 ganti nuaq, baru mata angin politik berubah...dia kena buang wak dlm kabinet, .. kena berani.. kalau pru16 tahun ni pun dia boleh menang syara dia kena deal dgn pas dlm beberapa hal..
    Kalau nuaq yg teraju pru16, paling banyak pkr munkin tinggal 5 kerusi je ..

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo