Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana hilang keyakinan terhadap hala tuju kepimpinan parti yang didakwanya tidak lagi berlandaskan semangat reformasi dan tadbir urus yang baik.
Beliau turut mendakwa, pengurusan parti pada peringkat cabang tidak lagi berjalan secara berkesan, sekali gus mendorongnya mengambil keputusan meninggalkan PKR selepas hampir 28 tahun bersama parti itu.
“Saya melihat kepimpinan pada peringkat negeri dan pusat tidak menunjukkan perubahan yang saya harapkan. Sebab itu saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan keluar parti,” katanya pada sidang media, menambah keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung dakwaannya berhubung pengurusan parti.
Apabila ditanya sama ada akan membantu kempen Barisan National (BN) di Kuala Pilah pada PRN Negeri Sembilan, Rusli berkata, beliau akan memberi sokongan kepada calon gabungan itu.
Rusli berkata, beliau akan menghantar surat peletakan jawatannya kepada Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh sejurus selepas sidang media itu.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment