NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terlalu bergantung kepada Anwar? Hafiz persoal hala tuju kempen PH di Johor



JOHOR BAHRU – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan pendekatan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat terlalu bergantung kepada kehadiran pemimpin di peringkat Persekutuan, khususnya Pengerusinya yang juga Perdana Menteri, sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, kempen yang memasuki minggu kedua sepatutnya memberi tumpuan kepada barisan kepimpinan negeri yang akan mentadbir Johor sekiranya PH diberi mandat, bukannya menjadikan pemimpin pusat sebagai wajah utama kempen.

“Ini pilihan raya negeri, bukannya pilihan raya umum. Pengundi Johor mahu tahu siapakah yang akan memimpin negeri ini dan apakah pasukan yang akan mentadbir Johor selepas pilihan raya.

“Sebaliknya, kita melihat pemimpin Persekutuan lebih banyak mendominasi pentas kempen sehingga timbul persoalan sama ada PH terlalu bergantung kepada aura kepimpinan pusat untuk meraih sokongan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Hafiz yang juga Ketua Pemuda UMNO Sembrong berkata, sehingga kini PH masih belum memberikan gambaran jelas mengenai calon Menteri Besar atau barisan kepimpinan negeri yang bakal menerajui pentadbiran Johor.

Menurutnya, keadaan itu boleh mengelirukan pengundi kerana mereka bukan sekadar memilih parti, sebaliknya memilih kerajaan negeri yang akan mentadbir Johor untuk tempoh lima tahun akan datang.

Beliau turut mendakwa kempen PH kini lebih banyak berkisar mengenai isu dan projek di peringkat Persekutuan sehingga memberi gambaran seolah-olah pilihan raya yang sedang berlangsung adalah pilihan raya umum.

“Projek pembangunan yang dibawa ke Johor bukan usaha sebelah pihak semata-mata. Banyak daripadanya bermula daripada perancangan kerajaan negeri sebelum dipertimbangkan dan disokong di peringkat Persekutuan.

“Jadi tidak wajar semua pencapaian itu hanya dijenamakan sebagai kejayaan satu pihak tanpa mengiktiraf peranan kerajaan negeri,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Hafiz berkata, kempen ketika ini juga dilihat semakin dipenuhi aksi yang bersifat sensasi dan serangan politik, sedangkan rakyat lebih mengharapkan perbahasan mengenai isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka.

Katanya, antara perkara yang wajar diberi perhatian ialah kos sara hidup, tarif elektrik, e-invois serta dasar-dasar ekonomi yang memberi kesan kepada rakyat dan peniaga.

“Pada akhirnya, rakyat Johor mahu melihat siapa yang benar-benar bersedia mentadbir negeri ini. Itu sepatutnya menjadi fokus utama dalam pilihan raya negeri,” tegas beliau. -MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo