NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya beri kebenaran rundingan PN-BN, Dr Sam beritahu Muhyiddin



PETALING JAYA:
 Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan dakwaan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bahawa PAS berunding dengan Barisan Nasional (BN) berhubung kerjasama pada PRN Negeri Sembilan tanpa berbincang dengan parti komponen lain.

Samsuri yang juga naib presiden PAS berkata, beliau sendiri memberi kelulusan kepada rundingan awal dengan BN mengenai kerjasama PRN yang dijadualkan 1 Ogos ini.

Katanya, ia juga sudah dimuktamad dan diluluskan Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat hari ini.

“Merujuk kepada kenyataan presiden Bersatu semalam, adalah dimaklumkan bahawa segala proses perbincangan dan libat urus dengan mana-mana pihak di peringkat awal telah dijalankan di dalam pengetahuan dan kebenaran daripada saya selaku pengerusi PN.

“Ianya telah pun dimuktamadkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Samsuri yang lebih dikenali Dr Sam berkata, majlis tertinggi juga meluluskan rundingan pembahagian kerusi DUN Negeri Sembilan antara parti komponen PN iaitu PAS, Wawasan, Gerakan dan MIPP.

Katanya, majlis itu juga memutuskan semua calon gabungan pada PRN Negeri Sembilan bertanding menggunakan lambang PN.

“Jumlah dan senarai calon PN juga akan akan diumumkan hari ini,” katanya.

Semalam, Muhyiddin mengecam PAS kerana berunding dengan BN berhubung kerjasama pada PRN Negeri Sembilan tanpa berbincang atau melibatkan parti komponen lain, termasuk Majlis Tertinggi PN.

Katanya, Bersatu kecewa dengan keputusan bersendirian dibuat PAS kerana tindakan itu bertentangan kepentingan PN.

Bersatu turut mengumumkan semalam, yang ia akan bertanding PRN Negeri Sembilan menggunakan logo sendiri, dengan Muhyiddin memaklumkan beberapa parti lain turut menyatakan minat untuk bertanding menggunakan lambang Bersatu.

PAS memutuskan hubungan politik dengan Bersatu bulan lalu, namun kedua-dua parti masih kekal sebagai komponen PN dan bertanding bawah logo gabungan itu dalam PRN Johor yang berlangsung Sabtu lalu.

Bagaimanapun, PAS tidak membantu kempen Bersatu sepanjang pilihan raya tersebut.

Malah, parti itu turut mengarahkan ahli dan penyokongnya supaya menyokong BN di kawasan tidak ditandingi PN, satu tindakan yang menurut Muhyiddin tidak pernah mendapat kelulusan Majlis Tertinggi PN.


Sumber | FMT Malaysia










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo