Presiden Amira Aisya Abdul Aziz mengumumkan Muda mahu membina kekuatan dan membuat persiapan untuk menghadapi PRU16, yang ia jangka akan berlangsung tidak lama lagi.
“Muda kekal komited untuk mempertahankan Parlimen Muar serta menghantar lagi ramai pimpinan Muda untuk menjadi wakil rakyat yang hadir dan bersuara,” menurut kenyataan.
Perkembangan ini berlatarkan kekalahan semua empat calon Muda pada PRN Johor, baru-baru ini.
“Selepas PRN Johor, Muda mendapati purata peratusan undi kepada Muda terus menunjukkan peningkatan sejak tahun 2023,” katanya.
Semalam, Parti Bersama Malaysia juga mengumumkan tidak akan bertanding PRN Negeri Sembilan, dan memberi sepenuh tumpuan kepada PRN Melaka.
Perkembangan itu mengambil kira kekangan masa dan sumber, serta isu lain yang terheret sama ke dalam pertembungan di Negeri Sembilan, antaranya konflik melibatkan takhta Yang di-Pertuan Besar.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment