NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pejuang tak letak calon di Negeri Sembilan



PETALING JAYA:
 Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mengumumkan ia tidak akan meletakkan calon untuk PRN Negeri Sembilan.

Perkembangan ini diumumkan Presiden Mukhriz Mahathir petang tadi, menjelang pengumuman calon oleh Perikatan Nasional (PN).

Keputusan tersebut menyusuli mesyuarat majlis eksekutif pusat Pejuang yang membincangkan isu pasca PRN Johor, dan hala tuju parti bagi PRN Negeri Sembilan.

“Pejuang kekal komited menyokong semua calon PN yang bakal dinamakan dalam 11 kerusi DUN Negeri Sembilan dan akan membantu kempen PN,” menurut kenyataan.

Pada PRN Johor baru-baru ini, Pejuang tewas di satu kerusi yang ditandingi.

Sebelum ini, Parti Bersama Malaysia dan Muda mengumumkan mereka tidak akan menyertai PRN Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan akan ke peti undi pada 1 Ogos.


Sumber | FMT Malaysia






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo