Beliau berkata MBMB tidak ada menerima peletakan jawatan daripada dua ahli majlis itu, yang dilantik atas kuota parti politik, maka pelantikan mereka masih sah dan perlu menjalankan tugas seperti biasa.
“Isu politik dan pentadbiran adalah berbeza… jadi, kami tunggulah sekiranya ada permohonan peletakan jawatan atau penarikan diri sebagai ahli majlis, kami akan lihat dan pertimbangkan,” katanya, lapor Bernama.
Pada Selasa, Ketua DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, mengumumkan ahli DAP yang dilantik menganggotai badan kerajaan negeri, termasuk sebagai ahli majlis tempatan, akan meletakkan jawatan secara berperingkat selepas DUN meluluskan pindaan yang membenarkan pelantikan Adun dilantik.
Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh berkata Adun akan dilantik itu pelengkap kepada komposisi sedia ada, bagi membawa masuk kepakaran, pengalaman dan pandangan daripada bidang-bidang diperlukan.
Khoo bagaimanapun berkata mereka tidak seharusnya dilantik sebagai Adun yang mempunyai kuasa untuk bersidang dan mengundi dalam DUN.
Ahli majlis DAP dalam MBMB adalah Tan Chin Gwan and Lui Poh Siong.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment