Presidennya, Hamzah Zainudin, berkata agihan kerusi untuk parti itu sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan hari ini.
Menurutnya, Wawasan meletakkan 100% calon tempatan terdiri daripada gabungan pemimpin itu melibatkan bekas pegawai kerajaan, ahli perniagaan dan peguam yang menjadi kekuatan parti berkenaan.
“Rundingan membabitkan kerjasama antara gabungan parti besar di Negeri Sembilan juga sedang berlangsung.
“Jadi dia tak boleh (duduk) sekali, dia kena dua kali, tiga kali, empat kali dan saya rasa di Negeri Sembilan ini sebab ia bermula daripada Johor lagi.
“Johor itu tidak boleh hendak muktamadkan. Jadi saya rasa insya-Allah kali ini boleh mencapai matlamat,” katanya, menurut Berita Harian.
Hamzah berkata beliau yakin kerjasama dengan semua gabungan parti besar mampu dimuktamadkan pada PRN Negeri Sembilan kali ini, walaupun strategi itu gagal dilaksanakan di Johor.
Bagaimanapun katanya, Wawasan menghormati prinsip penyandang kerusi yang perlu dikekalkan kepada parti sedia ada selain berhasrat meletakkan calon di kerusi tradisi DAP dan PKR.
“Bagi Negeri Sembilan, kita bersedia untuk bertarung bersama parti lain dengan meletakkan calon kita kurang daripada 10 kerusi dan akhirnya ada wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kita mahu jadi jambatan semua parti besar kalau tengok demografinya kita ada Melayu, Islam, Bumiputera, Cina dan India.. saya fikir apa pasaran yang patut saya ambil kira untuk promosikan parti saya.
“Kalau PAS dengan Islamik, Umno itu nasionalis… bagi Wawasan kita hendak tampil dengan rangka kerja bahawa parti ini adalah wajah sebenar Malaysia, wajah Malaysia, berbeza dengan parti lain,” katanya.
Wawasan kini secara rasminya menjadi parti komponen Perikatan Nasional (PN), yang turut dianggotai PAS, Bersatu, Pejuang, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment