BANGI, 27 MUHARRAM – Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS, Tan Sri Annuar Musa, berkata rakyat akan memahami bentuk kerjasama PAS-UMNO apabila senarai calon kedua-dua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan diumumkan.
Menurutnya, UMNO melalui Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calon esok, manakala PAS melalui Perikatan Nasional (PN) pada Khamis.
“Apabila semua selesai (pengumuman calon) semua akan faham sendiri kenapa bentuk penamaan calon berlaku sedemikian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika diminta diminta mengulas mengenai dakwaan berlaku rundingan antara PAS dan UMNO bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan, selepas majlis memperkenalkan pemain Kelantan City FC yang bersaing di Liga A1 Semi Pro di Bukit Marak, Kota Bharu, hari ini.
Bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata, rundingan antara PAS dan UMNO bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan wujud dan sentiasa berjaya walaupun berlaku percanggahan kenyataan daripada pucuk pimpinan kedua-dua parti itu.
“Rundingan dan perbincangan antara PAS dan UMNO sentiasa berjalan, bukan sahaja di Johor malah untuk PRN Negeri Sembilan,” katanya.
Sementara itu, Annuar memberitahu bahawa PAS akan menggunakan pendekatan yang berbeza di Negeri Sembilan.
Katanya, ini kerana kerana matlamat utama PAS bersama PN kali ini adalah untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, manakala di Johor lebih tertumpu untuk menyekat kemaraan Pakatan Harapan (PH).
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sebelum ini menyatakan ada rundingan antara PAS dan UMNO bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.
Bagaimanapun Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan tiada sebarang perjanjian dimuktamadkan antara kedua-dua parti.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment