Tokoh Gerakan Islam, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, situasi politik negara hari ini menyaksikan kedudukan parti komponen Pakatan Harapan (PH) seperti PKR dan DAP semakin tergugat.
Malah, katanya, situasi ini jika berterusan secara konsisten hingga Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang, berpotensi meletakkan PH kembali sebagai pembangkang.
“PN (Perikatan Nasional) hakikatnya sudah terkubur, tinggal UMNO / BN (Barisan Nasional), PAS dan PH.
“PKR akan terus bergelut dengan BERSAMA di kawasan campuran. Ini mungkin akan mengurangkan peluang PKR untuk menang.
“Undi Cina menunjukkan mula beralih kepada MCA. DAP berpotensi akan kembali menjadi pembangkang,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.
Menurut Abdullah Zaik, senario ini juga dijangka akan menghakis keinginan UMNO untuk terus bekerjasama dengan PH menjelang PRU-16 nanti.
Justeru, beliau membangkitkan persoalan sama ada situasi ini akan meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjadi pembangkang selepas PRU-16.
“Kalau senario ini terus konsisten keinginan UMNO utk terus bersama PH selepas pru ke 16 akan tipis.
“Kemungkinan Anwar akan kembali jadi pembangkang?” soal beliau.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment