NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Johor: Pas utamakan usaha pastikan undi Melayu tidak berpecah



KUALA LUMPUR – Pas mempertahankan keputusannya untuk hanya bertanding di 11 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi mengelakkan perpecahan undi Melayu yang akhirnya akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial, Pemuda Pas Terengganu berkata, parti itu sejak awal menyedari Johor bukan negeri yang mudah untuk ditembusi memandangkan Umno mempunyai akar sokongan yang kukuh di negeri berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Pas juga tidak pernah meletakkan sasaran untuk mengambil alih pentadbiran negeri, sebaliknya lebih mengutamakan usaha memastikan kuasa politik Melayu-Islam tidak terus berpecah.

Pemuda Pas Terengganu berkata, perkara itu turut dijelaskan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada Majlis Makan Malam Kutipan Dana PRN Negeri Sembilan semalam.

Menurutnya, Abdul Hadi menegaskan kebimbangan utama ketika itu bukan sekadar soal kemenangan Pas, tetapi implikasi terhadap kuasa politik Melayu-Islam dan masa depan rakyat sekiranya undi terus berpecah.

“Dalam PRN Johor, Pakatan Harapan bertanding di semua 56 kerusi, manakala terlalu banyak parti Melayu bertembung sesama sendiri.

“Dalam satu kawasan mungkin ada calon Umno, Pas, PKR dan parti Melayu lain. Akibatnya undi Melayu berpecah kepada beberapa bahagian, sedangkan undi bukan Melayu lebih tersusun kepada seorang calon,” menurut kenyataan itu.

Pemuda Pas Terengganu mendakwa keadaan sedemikian bukan sahaja merugikan Pas, malah turut memberi kesan kepada Umno serta kedudukan politik orang Melayu dan Islam.

Sehubungan itu, katanya, Pas mengambil keputusan hanya bertanding di 11 kerusi sebagai sebahagian daripada strategi mengurangkan pertembungan sesama parti Melayu.

Katanya, di kawasan yang tidak ditandingi Pas, ahli dan penyokong parti itu diarahkan membantu calon yang mempunyai peluang lebih baik untuk menewaskan DAP dan Pakatan Harapan.

“Malah terdapat kawasan yang mana ahli Pas diminta memberikan sokongan kepada calon BN termasuk daripada MCA dan MIC,” ujarnya.

Tambahnya, keputusan itu mungkin sukar difahami oleh sesetengah pihak, namun ia dibuat berasaskan pertimbangan jangka panjang bagi mengelakkan perpecahan undi yang didakwa boleh menjejaskan kedudukan politik Melayu-Islam. -MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo