NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Misi balas dendam Parti Bersama hanya untungkan BN – AMK



KUALA LUMPUR – Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang ditubuhkan bekas pemimpin PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli didakwa gagal mencapai matlamat politiknya, sebaliknya hanya membantu kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Hilmi Zainol berkata, tindakan parti berkenaan mahu membalas dendam terhadap Pakatan Harapan (PH), khususnya PKR, akhirnya memberi kelebihan kepada BN selepas undi penyokong reformasi berpecah.

Beliau berharap Rafizi berpuas hati dengan pencapaian tersebut walaupun terpaksa berbelanja besar sehingga puluhan ribu ringgit, namun gagal memperoleh sokongan pengundi dan kehilangan deposit di beberapa kerusi.

“Saya harap mereka sudah boleh tutup kedai selepas ini apabila misi membalas dendam kepada PH khususnya di Johor telah berjaya.

“Saya harap penyokong PH membuka mata dan tidak lagi bersimpati kepada Rafizi kerana tindakannya hanya memenangkan musuh pada pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa beberapa kerusi PH seperti Perling, Stulang dan Bukit Batu terjejas akibat pertandingan tiga penjuru membabitkan parti Rafizi.

Mengulas lanjut, Dzul Hilmi berkata, keputusan PRN Johor membuktikan tindakan Parti Bersama tidak melemahkan BN, sebaliknya menyebabkan undi yang sepatutnya menyokong PH berpecah.

Katanya, apa yang berlaku menunjukkan pihak yang paling mendapat manfaat daripada perpecahan tersebut ialah BN apabila undi penyokong reformasi tidak lagi tertumpu kepada satu gabungan.

“Apa yang dilihat sepanjang kempen lebih tertumpu kepada menyerang PH dan PKR berbanding mengemukakan tawaran baharu yang mampu meyakinkan rakyat.

“Hakikatnya, selepas berbelanja besar, mereka masih gagal meraih sokongan pengundi sehingga kehilangan deposit di banyak kerusi. Sudah tiba masanya untuk melakukan muhasabah,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak yang memperjuangkan agenda reformasi perlu mengambil iktibar daripada keputusan PRN Johor dengan memperkukuhkan PH dan tidak membuka ruang kepada BN serta PAS memperkukuh kedudukan politik mereka.

“Kepada seluruh penyokong PH dan PKR, marilah kita mengambil iktibar daripada keputusan ini. Perpecahan hanya menguntungkan pihak lawan, manakala perpaduan adalah kekuatan utama untuk meneruskan agenda reformasi,” katanya.

Parti Bersama yang baru mewarnai kancah politik tanah air berdepan tamparan hebat apabila kesemua 15 calonnya hilang wang deposit dalam PRN Johor.

Langkah sulung parti berkenaan berakhir dengan kekecewaan selepas mereka gagal meraih sokongan minimum satu perlapan atau 12.5 peratus daripada jumlah keseluruhan undi di setiap kawasan yang ditandingi. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo