KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan minggu ini.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan pemilihan calon di negeri itu perlu disesuaikan dengan keadaan semasa berikutan ia mempunyai keunikan tersendiri dari segi jumlah kerusi, demografi penduduk serta pengundi.
Beliau berkata, strategi BN di Negeri Sembilan juga tidak boleh disamakan dengan negeri lain kerana ia perlu mengambil kira faktor politik setempat.
“Ini bukan sekadar calon, tetapi situasi di Negeri Sembilan tentunya berbeza. Jumlah kerusi juga berbeza dan demografi kependudukan serta pengundian turut berbeza.
“Jadi formulanya perlu disesuaikan dengan situasi politik di Negeri Sembilan. Kita akan umumkan calon pada minggu ini,” katanya ketika ditemui media selepas hadir Majlis Amanat Bersama Kontinjen TVET@KKDW Ke Worldskills Shanghai 2026 di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan berkuat kuasa 5 Jun lalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Pembubaran itu membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bagi memilih 36 Ahli Dewan Undangan Negeri yang baharu.
Pada PRN 2023, Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 17 kerusi DUN dengan sokongan Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 14 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment