KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan, penampilan julung kali parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai permulaan, bukannya penamat.
Beliau berkata, perjalanan parti berusia 50 hari itu tidak mudah dan mereka menerima segala pengajaran dengan hati yang terbuka.
Menurut Rafizi, pihaknya akan terus belajar dan memperbaiki kelemahan sebagai persediaan menempuh perjalanan politik yang panjang.
“Usaha membina sebuah gerakan politik yang benar-benar mengembalikan kuasa kepada rakyat tidak akan berlaku dalam masa 50 hari.
“Namun benih telah ditanam untuk membina politik yang lebih jujur, lebih dekat dengan rakyat dan benar-benar milik rakyat,” ujarnya dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Rafizi turut merakaman ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada Bersama.
“Kepada mereka yang mengundi sebuah parti yang baru berusia 50 hari, sukarelawan yang mengorbankan masa dan tenaga, penyumbang yang percaya pada perjuangan ini dan kepada semua yang mendoakan kami – terima kasih.
“Setiap undi, setiap perbualan, setiap teguran, dan setiap sokongan adalah amanah yang kami bawa ke hadapan.
“Kami menerima segala pengajaran dengan hati yang terbuka. Kami akan terus belajar, memperbaiki kelemahan dan bekerja lebih kuat kerana perjuangan ini tidak pernah hanya tentang satu pilihan raya,” ujarnya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment