Beliau berkata, walaupun bentuk kerjasama yang terjalin masih belum jelas dari segi struktur dan ikatan, ia perlu diterima sebagai satu langkah ke arah memperkukuhkan kekuatan politik orang Melayu.
“Pilihan Raya Negeri Johor yang baru selesai memperlihat apabila orang Melayu bersatu, kekuatan politik akan kembali kepada kita.
“Walaupun bentuk kerjasama masih samar-samar dari segi bentuk dan ikatan, ia perlu kita terima sebagai satu langkah ke arah keberkesanan untuk memperkukuhkan kekuatan politik orang Melayu,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Dalam PRN Johor, 11 Julai lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 48 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (PH) sebanyak lapan kerusi, iaitu DAP sebanyak enam kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.
Dr Mahathir menegaskan bahawa penyatuan itu bukan bertujuan mempertahankan kebatilan atau melakukan perkara yang salah, sebaliknya perlu dimanfaatkan untuk mengangkat martabat orang Melayu, agama Islam dan mempertahankan kedaulatan negara.
Beliau turut menjelaskan bahawa kekuatan politik orang Melayu tidak seharusnya digunakan untuk menekan atau menafikan hak kaum lain.
“Apabila orang Melayu bersatu dan mempunyai kekuatan politik, ia memberi keyakinan kepada mereka untuk memperjuangkan kepentingan kaumnya tanpa mempertikai hak-hak kaum lain,” katanya.
Menurutnya, pendekatan itu merupakan formula yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan dan terbukti berjaya membawa kemakmuran kepada orang Melayu serta kaum-kaum lain.
Sehubungan itu, beliau menggesa orang Melayu supaya terus memperkukuh perpaduan politik kerana hanya melalui penyatuan tersebut negara dapat terus dipertahankan.
“Hanya dengan cara ini tanah air kita akan kekal hak kita,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment