Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil mendedahkan tiga bukti DAP bersikap hipokrit apabila mendakwa keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri atas alasan membantah usul berkaitan ADUN lantikan.
Akmal berkata, bantahan yang disuarakan DAP Melaka itu terbukti tidak konsisten apabila wakil rakyat parti yang sama di Pahang menyokong usul tersebut.
Katanya, ia berlaku pada 2024 ketika kerajaan Pahang mengusulkan ADUN Lantikan dan mendapat sokongan tujuh ADUN yang mana tiga daripadanya adalah daripada DAP.
Tiga individu itu ialah ADUN Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji; ADUN Ketari, Su Keong Siong dan ADUN Tanah Rata, Ho Chi Yang.
Menurut Akmal, antara yang dilantik ialah Pengerusi PKR Pahang dan Pengerusi AMANAH Pahang
“Kalau di Pahang bersungguh-sungguh ketika 2024 itu kamu sokong, hari ini apabila nak hujung-hujung pilihan raya kamu kata tidak demokrasi pula,” demikian persoalan yang dibangkitkan Akmal dalam video yang dimuatnaik di Facebook beliau hari ini.
Mengulas lanjut, Akmal turut mempersoalkan DAP kerana tidak pernah membangkitkan perkara ini ketika menyertai pentadbiran kerajaan negeri.
Malah, beliau menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) dalam manifesto pilihan raya negeri sebelum ini pernah menyatakan akan membawa usul ADUN lantikan.
“Sebelum ini Pengerusi Pakatan Harapan Melaka menyatakan ada berbincang dengan Ketua Menteri Melaka dan antara cadangan dia untuk perbincangan antara PH dan BN iala mengusulkan ADUN Lantikan.
“Bagaimana Pengerusi PH – yang dalamnya ada DAP – boleh cakap tentang mengusulkan ADUN lantikan? Tetapi semalam kamu (DAP) pula yang tidak menyokong,” katanya sambil meluahkan rasa pelik.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment