Penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri, berkata ia adalah isyarat bahawa benteng yang selama ini dianggap kebal mula menunjukkan rekahan.
Katanya, situasi itu turut membuktikan bahawa rakyat tidak lagi mengundi berdasarkan jenama parti semata-mata, tetapi menilai prestasi, kredibiliti dan keupayaan memenuhi harapan.
“Apa yang lebih membimbangkan ialah DAP seolah-olah gagal belajar daripada pengalaman Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
“Ketika itu, mesej pengundi sudah jelas, sokongan bukan cek kosong dan rasa kecewa boleh diterjemahkan menjadi undi protes.
“Malangnya, amaran tersebut tidak diterjemahkan kepada pembetulan dasar, pendekatan mahupun strategi politik,” katanya kepada TV Pertiwi.
Zaharuddin berkata kekalahan DAP kepada MCA dan MIC bukan sekadar soal calon parti lawan, sebaliknya mesej yang cuba disampaikan oleh pengundi.
Katanya, ia adalah referendum terhadap prestasi dan keupayaan DAP mengekalkan kepercayaan rakyat.
“Jika kepimpinan terus memilih untuk menafikan realiti atau mencari alasan, keputusan ini mungkin bukan sekadar kemerosotan sementara, tetapi permulaan kepada hakisan sokongan yang lebih besar pada pilihan raya akan datang.
“Parti yang terlalu yakin dengan kekuatan sendiri lazimnya gagal membaca perubahan sentimen rakyat.
“Dalam politik, keangkuhan sering menjadi permulaan kepada kejatuhan,” tambah beliau.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment