NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN tak pernah buat pendirian rasmi sokong mana-mana parti jika DUN Johor tergantung – Tun Faisal bidas TGHH



MUAR – Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) tidak pernah membuat sebarang ketetapan untuk menyokong sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) sekiranya berlaku situasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tergantung selepas pilihan raya negeri itu, Sabtu ini.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, pendirian dasar Bersatu ketika ini adalah selari dengan keputusan dasar PN iaitu memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha memastikan seramai mungkin calon PN dipilih oleh bangsa Johor bagi mewakili mereka di DUN.

Menurut beliau, ia bermatlamat mewujudkan mekanisme semak dan imbang yang berkesan, sebagaimana yang dapat dilihat di beberapa negeri lain.

“Saya tidak pula dimaklumkan mengenai sebarang perbincangan atau ketetapan Majlis Tertinggi PN untuk mengubah pendirian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tun Faisal mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam bahawa Pas bersedia memberi sokongan kepada BN sekiranya parti itu memerlukan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri selepas PRN Johor, Sabtu ini.

Abdul Hadi dalam ceramah Grand Finale Pas sempena PRN Johor di Simpang Jeram, di sini malam tadi berkata, ia bagi memastikan Melayu-Islam kekal menguasai pentadbiran kerajaan negeri Johor, selain menafikan penguasaan Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Tun Faisal berkata, pertambahan bilangan ADUN daripada PN dan menafikan super majority BN pada PRN Johor ke-16 sudah pasti akan memperkukuh lagi peranan pembangkang di negeri itu.

Katanya, ia juga dapat memastikan kerajaan negeri bertindak dengan lebih bertanggungjawab, telus dan mengambil kira kepentingan rakyat.

“Sekiranya majoriti dua pertiga BN dapat dinafikan, kerajaan negeri tidak lagi boleh mengabaikan kebajikan rakyat bangsa Johor dan memaksakan dasar atau pendekatan secara sewenang-wenangnya seperti yang dilakukan sebelum ini tanpa semakan dan perbahasan yang berkesan di DUN,” katanya.

Sementara itu, merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi malam tadi, Tun Faisal mengakui beliau tidak pasti sama ada terdapat rundingan yang dilakukan oleh mana-mana pihak di luar pengetahuan atau tanpa mandat rasmi PN, sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

“Pada pandangan saya, sehingga dibincangkan dan diputuskan oleh MT PN, sebarang kenyataan atau komitmen untuk menyokong UMNO, BN, DAP atau PH adalah pendirian pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut dan bukan pendirian rasmi Bersatu atau PN,” katanya.


Sumber | Malaysiagazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo