Beliau berkata, pengalaman lebih 18 tahun sebagai Guru Pembimbing Haji serta perkhidmatannya bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) membolehkan beliau melihat sendiri peranan besar institusi agama dalam membina masyarakat.
Kataya, pemerkasaan masjid dan surau, di samping kebajikan sekolah agama serta golongan asatizah, menjadi antara agenda yang akandiberi perhatian dalam usaha memperkukuh pembangunan komuniti di DUN Nilai.
“Pada saya, masjid dan surau bukan sekadar tempat solat. Inilah pusat kekuatan komuniti kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas menunaikan solat Zuhur berjemaah di Masjid Assiddiqin, Batang Benar.
Dalam hantaran sama, Ustaz Zamani turut berkongsi pertemuannya dengan sahabat lama, Ustaz Hakimi, ketika makan tengah hari di sebuah restoran di Nilai.
Jelasnya, pertemuan itu mengimbau kembali penglibatan mereka dalam Majlis Penyelarasan NGO Melayu Islam yang sebelum ini berusaha menggerakkan agenda penyatuan ummah merentasi pelbagai latar belakang.
Beliau turut menegaskan bahawa suara Melayu Islam di Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diperkasakan tanpa menafikan hak masyarakat daripada kaum lain.
“Suara Melayu Islam di DUN perlu diramaikan, tanpa sekali-kali menafikan hak kaum lain. Islam yang saya pelajari mengajar keadilan untuk semua,” katanya.
Menurut beliau, prinsip keadilan itu akan terus menjadi asas kepada pendekatannya dalam membawa aspirasi rakyat sekiranya diberi mandat mewakili DUN Nilai.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment