Pengerusi UMNO Negeri Sembilan berkata demikian ketika mengulas keyakinan Pakatan Harapan (PH) mendapat sekurang-kurangnya 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.
Keyakinan itu disuarakan oleh Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke, yang percaya gabungan itu akan memperoleh mandat lebih besar dan membentuk kerajaan negeri yang stabil.
Menurut Jalaluddin, setiap parti bertanding yakin meraih kemenangan, namun sasaran dirangka perlu mengambil kira keadaan sebenar di lapangan.
“Bila bertanding, tentunya kena yakin. Walaupun sasaran itu terlalu baik untuk dipercayai, ia harus berasaskan realiti,” katanya selepas sesi tinjauan mesra di FELDA Pasoh 1, Jelebu, hari ini.
Pada PRN Negeri Sembilan Ke-15, PH memenangi 17 kerusi DUN, kurang dua kerusi untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri. PH kemudian bekerjasama dengan BN yang memenangi 14 kerusi DUN membentuk kerajaan negeri.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung II PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman, menyifatkan ramalan Loke dibuat berpandukan maklumat kurang tepat atau sekadar mempertaruhkan nasib.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok mempersoalkan, sama ada PH gagal membaca isyarat di lapangan memandangkan perkembangan semasa dikatakan tidak memihak kepada PH.
“Tidak pasti daripada mana datangnya keyakinan Loke (mengenai jangkaan PH mampu raih majoriti dua pertiga di Negeri Sembilan).
“Berdasarkan pemerhatian dan perkembangan semasa, telahan saya sebaliknya. (Jumlah kerusi) 23 lebih berpotensi menjadi angka kemenangan Perikatan Nasional (PN)-BN.
“Kepada Loke, saya berpesan ‘Be careful what you wish for’ (berhati-hati dengan perkara dihajati),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment