NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin enggan terima hakikat sentimen anti-PH semakin kuat, kata Ong



PETALING JAYA:
 Bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming mendakwa pemimpin Pakatan Harapan (PH) masih enggan menerima hakikat bahawa sentimen menolak gabungan itu semakin kuat, terutamanya dalam kalangan pengundi bukan Melayu di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, mereka belum merasai ‘gelombang sentimen anti-PH’ tersebut, yang dijangkanya akan mula menonjol pada PRN Johor Sabtu ini.

“Ia mungkin mencetuskan gelombang seterusnya di Negeri Sembilan dan pada PRU akan datang,” katanya kepada FMT di Menara Axis hari ini selepas pelancaran Institut Dasar dan Libat Urus Asia, Universiti Nottingham Malaysia.

Bekas pemimpin pusat DAP itu berkata demikian ketika menjawab kritikan terhadap unjurannya baru-baru ini bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang besar di Johor.

Dalam kenyataan Jumaat lepas, beliau menganggarkan BN mampu menang sehingga 53 daripada 56 kerusi yang ditanding, dengan PH hanya mengekalkan tiga kerusi dan Perikatan Nasional (PN) mungkin gagal memenangi sebarang kerusi.

Timbalan Setiausaha Agung DAP Steven Sim kemudiannya menyangkal ramalan tersebut sebagai sekadar andaian, menegaskan ia tidak akan mempengaruhi keputusan sebenar di peti undi.

Bagaimanapun, Ong berkata, BN telah berjaya menyatukan naratif kempen mereka di Johor berteraskan kepimpinan Pengerusi BN negeri Onn Hafiz Ghazi, dan ‘bagaimana mereka mahu membawa barisan pemimpin yang berwibawa serta berpengalaman untuk menerajui kerajaan negeri’.

Beliau turut menegaskan bahawa PH masih belum menamakan calon menteri besar mereka, yang menurutnya telah melemahkan naratif kempen gabungan tersebut.

Pada PRN 2022, BN memenangi 40 kerusi, diikuti PH (12), PN (tiga), dan Muda (satu).


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo