NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pecat sahaja kalau tak suka, kata Zahid kepada PM



SEREMBAN:
 Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh memecat beliau dan menteri BN lain kalau tidak menyukai mereka.

Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, berkata beliau tidak nampak sebarang sebab untuk mana-mana daripada lapan menteri BN meletak jawatan, selepas Anwar kata mereka yang menyerang rakan dalam kerajaan semasa kempen PRN Sembilan harus berundur.

“Perdana menteri telah beri amaran siapa sebut menteri lain atau kementerian lain sila letak jawatan. Itu arahan dia tapi saya jawab tak payah suruh letak jawatan sebab yang melantik menteri dan timbalan itu dia.

“Kalau dia tak suka, pecat sahaja lah. Tapi takkan sampai hati nak pecat? Kami semua bekerja dengan kuat,” kata beliau pada satu majlis bersama kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sembilan.

Ahad lalu, Anwar memberi amaran mana-mana menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada PRN.

Menurut beliau, pihak yang melakukan perkara berkenaan harus berundur daripada jawatan.

Seramai lapan pemimpin BN yang berkhidmat sebagai menteri dalam pentadbiran Anwar, iaitu Zahid (kemajuan desa dan wilayah), Timbalan Pengerusi Mohamad Hasan (luar negeri), serta Naib Presiden Johari Ghani (pelaburan, perdagangan dan industri) dan Khaled Nordin (pertahanan).

Begitu juga Setiausaha Agung Zambry Abdul Kadir (pendidikan tinggi), Azalina Othman Said (undang-undang dan reformasi institusi), Arthur Joseph Kurup (sumber asli dan kelestarian alam), dan Noraini Ahmad (perladangan dan komoditi).


Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo