NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Selangor kekal utuh apa pun status kerjasama PH-BN, kata Amirudin



KLANG:
 Keputusan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor akan berpandukan pendirian pusat, kata Pengerusinya Amirudin Shari.

Bagaimanapun, Amirudin yang juga menteri besar Selangor berkata sebarang keputusan tidak akan memberi kesan kepada kerajaan negeri.

Ujarnya, ini kerana kerajaan Selangor pentadbirannya kini disokong 33 Adun dari PH dan wakil rakyat Bebas Abdul Rashid Asari.

Rashid yang menang DUN Selat Klang atas tiket Perikatan Nasional (PN) isytihar sokong Amirudin pada 2024 sekali gus keluar dari blok pembangkang.

“Kerajaan Selangor sama PH bersama BN atau tidak masih lagi ‘intact’ (utuh),” kata Amirudin selepas satu majlis di Klang.

PH dan BN membentuk kerajaan Selangor dengan gabungan 34 kerusi dimenangi pada PRN Selangor 2023.

PH menang 32 kerusi manakala dua dimenangi BN.

Susulan kerjasama itu, Adun Sungai Air Tawar Rizam Ismail dilantik sebagai exco kerajaan Selangor.

Semalam, Timbalan Ketua Pemuda PKR Selangor Shahrul Adnan menggesa PH Selangor mengkaji semula kerjasama politik bersama BN.

Gesaan itu susulan tindakan persefahaman BN dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Negeri Sembilan, menentang PH di semua 36 DUN.


Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo