NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA percaya kemakmuran negara boleh dicapai melalui penyatuan Orang Melayu



  • Ketua Penerangan Pemuda MCA Kebangsaan, Neow Choo Seong, MCA tidak pernah menentang usaha penyatuan orang Melayu kerana ia diyakini dapat mengembalikan keamanan dan kemakmuran negara.
  • “Saya sering katakan, apabila orang Melayu nak bersatu, saya sendiri pun sokong. Kenapa kita nak sokong perpecahan? Pastinya saya sokong penyatuan.
  • “Orang Melayu bersatu, baguslah. Itu yang DAP takut. MCA tak takut kalau orang Melayu bersatu kerana kita nak negara ini kembali aman makmur seperti dulu,” katanya.

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pemuda MCA Kebangsaan, Neow Choo Seong mendakwa penyatuan orang Melayu tidak sepatutnya dianggap sebagai ancaman, sebaliknya mampu mengukuhkan kestabilan politik serta memulihkan ekonomi negara.

Menurut beliau, MCA tidak pernah menentang usaha penyatuan orang Melayu kerana ia diyakini dapat mengembalikan keamanan dan kemakmuran negara.

“Saya sering katakan, apabila orang Melayu nak bersatu, saya sendiri pun sokong. Kenapa kita nak sokong perpecahan? Pastinya saya sokong penyatuan.

“Orang Melayu bersatu, baguslah. Itu yang DAP takut. MCA tak takut kalau orang Melayu bersatu kerana kita nak negara ini kembali aman makmur seperti dulu,” katanya menerusi Podcast UMNO.

Neow mendakwa DAP bimbang apabila orang Melayu bersatu kerana ia akan mengukuhkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN), termasuk daripada masyarakat Cina dan India.

Menurutnya, penyatuan kaum Melayu akan memperkukuhkan kestabilan politik negara, manakala perpecahan hanya akan menjejaskan usaha memulihkan ekonomi.

Beliau turut mendakwa DAP mengamalkan naratif berbeza apabila berdepan masyarakat Cina dan Melayu.

“Yalah, sama juga. Kalau kita lihat ceramah-ceramah DAP ni, apabila mereka berhadapan dengan masyarakat Tionghoa, mereka akan berkata, orang Cina kena bersatu, sokong Pakatan Harapan, sokong DAP kerana suara itu. Dia boleh suruh orang bersatu,” katanya. 

Namun katany apabila timbul usaha penyatuan orang Melayu, naratif yang dibawa berubah dengan menggambarkannya sebagai sesuatu yang membimbangkan.

Neow berkata beliau telah mengkaji sejarah penubuhan DAP dan berpendapat parti itu sering memainkan sentimen dalam pendekatan politiknya.

Beliau juga mendakwa sepanjang DAP berada dalam kerajaan, parti itu gagal mengemukakan cadangan yang benar-benar membantu rakyat dan negara selain kenyataan yang bersifat umum.

“Dari segi realiti praktikalnya, kita lihat walaupun diberi kuasa sokongan penuh daripada rakyat khususnya daripada golongan Cina, tetapi mereka gagal,” katanya.

Neow turut mendakwa keadaan ekonomi yang dihadapi masyarakat Cina ketika ini semakin mencabar.

Beliau berkata hasil pertemuannya dengan masyarakat Cina, ramai meluahkan kebimbangan mengenai keadaan ekonomi dan perniagaan mereka.

Menurutnya, pelbagai dasar yang diperkenalkan kerajaan perpaduan, khususnya di bawah Pakatan Harapan, didakwa memberi kesan buruk kepada golongan tersebut, termasuk pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta e-invois.

Beliau berkata sekiranya DAP mahu terus memainkan naratif sentimen perkauman dan kebencian, masyarakat akhirnya akan membuat penilaian sendiri berdasarkan realiti kehidupan serta keadaan ekonomi semasa. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo