- Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini dijatuhi hukuman penjara lima minggu oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menghina mahkamah berhubung kenyataan dibuatnya berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
- Hakim, Amir Shah Amir Hassan memutuskan bahawa Peguam Negara, selaku pemohon berjaya membuktikan permohonan menghina mahkamah terhadap bekas Ketua Menteri Sabah itu yang juga Presiden Parti Warisan, melampaui keraguan munasabah.
- Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, meskipun pihak pendakwaan membantah permohonan tersebut.
KOTA KINABALU — Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini dijatuhi hukuman penjara lima minggu oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menghina mahkamah berhubung kenyataan dibuatnya berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Hakim Amir Shah Amir Hassan memutuskan bahawa Peguam Negara, selaku pemohon berjaya membuktikan permohonan menghina mahkamah terhadap bekas Ketua Menteri Sabah itu yang juga Presiden Parti Warisan, melampaui keraguan munasabah.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, meskipun pihak pendakwaan membantah permohonan tersebut.
Ketika menyampaikan keputusan mengikut Seksyen 99A dan Perenggan 26, Jadual Ketiga Akta Mahkamah Rendah 1948, mahkamah turut mempertimbangkan hujahan mitigasi yang dikemukakan oleh peguam serta Timbalan Pendakwa Raya.
“Mahkamah berpuas hati bahawa pemohon berjaya membuktikan Notis Permohonan dalam Lampiran 1 (menghina mahkamah) melampaui keraguan munasabah terhadap responden. Oleh itu, mahkamah mendapati responden bersalah menghina mahkamah dan beliau disabitkan atas kesalahan tersebut,” kata Amir Shah dalam penghakimannya.
Mohd Shafie diwakili peguam Jakariya AB Jalil dan Chen Ket Chuin, manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam dan Nadia Mohd Izhar hadir bagi pihak pendakwaan.
Pada 22 Sept tahun lepas, Mahkamah Koroner mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Mohd Shafie berhubung kenyataan yang didakwa mengganggu perjalanan prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina.
Kemudian pada 23 Okt, Koroner Amir Shah membenarkan Peguam Negara untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Mohd Shafie.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai tahun lepas, sehari selepas beliau ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar. — BERNAMA
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


Apakah Anda membutuhkan pinjaman mendesak untuk membayar tagihan Anda, atau untuk keperluan lain? Apakah Anda pernah ditolak pinjaman sebelumnya dari lembaga keuangan atau di rumah? Maka ada kesempatan unik untuk mendapatkan pinjaman dari perusahaan kami, Trust Bridge Financial Service adalah pemberi pinjaman terpercaya dan sah yang memberikan pinjaman kepada individu dan badan usaha dengan suku bunga rendah 3%. Hubungi kami hari ini melalui (trustbridgefinancialservice943@yahoo.com) kami dapat membantu Anda dengan bantuan keuangan Anda.
ReplyDeleteSilakan isi formulir permohonan pinjaman, agar kami dapat segera memulai proses pinjaman Anda.
Kami menawarkan layanan berikut:
a) Pinjaman Pribadi, Pengembangan Bisnis,
b) Pendirian Bisnis, Pendidikan,
c) Konsolidasi Hutang, Pinjaman Perbaikan Rumah
d) Pinjaman Jaminan, Pinjaman Investasi,
e) Pinjaman Persiapan Natal
Kami menawarkan pinjaman dengan suku bunga rendah 3%.
a) Pinjaman Pribadi, Pengembangan Bisnis,
b) Pendirian Bisnis, Pendidikan,
c) Konsolidasi Hutang, Pinjaman Perbaikan Rumah
d) Pinjaman Jaminan, Pinjaman Investasi,
e) Pinjaman Persiapan Natal
Isi informasi di bawah ini untuk prosedur.
Nama Lengkap:
Alamat:
Negara:
Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
Jangka Waktu Pinjaman:
Tujuan Pinjaman:
Nomor Telepon:
Silakan hubungi kami untuk informasi lebih lanjut melalui WhatsApp: +2349124847559.
Terima kasih
Manajemen
Trust Bridge Financial Service