MUAR – Pas berharap diberi peluang oleh penduduk di Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini untuk mengemukakan wakil yang berperanan di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, Pas dan calon Perikatan Nasional (PN) mampu memainkan peranan dalam memperkasakan lagi kepimpinan Kerajaan Negeri Johor sekiranya diberi kepercayaan.
Dalam masa sama, ujar beliau, kehadiran wakil Pas dan PN itu juga selari dengan pendirian dan prinsip kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini iaitu `No PH, No DAP’ dalam DUN.
Jelasnya, prinsip itu sebenarnya sangat hampir dengan pegangan politik Pas dan PN ketika ini, justeru turut berharap penyokong UMNO dapat turut membantu memenangkan calon Pas termasuk di kerusi DUN Sungai Balang.
“Dalam lanskap politik negeri Johor yang mana Pas sangat menjunjung tinggi, perlunya kita mempertahankan keunggulan, kepimpinan dan dominasi politik Melayu-Islam.
“Kita turut memberikan sokongan terbuka kepada pimpinan negeri yang ada sekarang, yang mana pimpinan parti telah membuat penegasan di kawasan yang tidak ada calon PN, kita secara terbuka menjelaskan untuk tidak memberi sokongan kepada PH, sebaliknya memberikan sokongan kepada calon-calon BN,” katanya.
Terdahulu, Annuar yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas bagi PRN Johor ke-16 mengadakan pertemuan dengan jentera Pas dan PN di DUN Sungai Balang yang turut dihadiri calon parti itu, Muhammad Amin Sailan.
Sementara itu, Annuar turut menyifatkan para pengundi Muar mempunyai dinamika serta kebijaksanaan politik yang tersendiri apabila kawasan Parlimen itu pernah menyaksikan wakil rakyat daripada pelbagai parti politik sama ada daripada Pas, BN dan MUDA.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru pengundi Muar melakukan kebijaksanaan politik serupa dengan mengundi calon PN dan Pas termasuk Muhammad Amin di DUN Sungai Balang.
Jelasnya, Muhammad Aiman wajar diberi peluang membawa suara penduduk di DUN Sungai Balang kerana beliau merupakan seorang pemimpin muda dengan latar belakang serta rekod yang meyakinkan untuk berkhidmat.
“Kita berkeyakinan beliau mempunyai keupayaan, integriti, kebolehan dan bersesuaian untuk menjadi seorang wakil rakyat yang boleh dibanggakan bersama oleh rakyat dan para pengundi di Sungai Balang,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment