NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Beban RM10 bilion FELDA bukan salah BN tapi kesan janji Manifesto PH – Ahmad Shaber



JEMPOL – Bekas Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan komitmen kewangan kerajaan yang kini mencecah kira-kira RM10 bilion bagi menyelesaikan isu hutang peneroka bukan berpunca daripada pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya ia adalah susulan keputusan politik untuk melaksanakan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut beliau, dakwaan kerajaan terpaksa menanggung kira-kira RM1 bilion setahun akibat masalah yang ditinggalkan kerajaan terdahulu tidak tepat kerana komitmen tersebut lahir selepas kerajaan ketika itu memutuskan untuk menghapuskan hutang peneroka FELDA.

“Kalau sudah berjanji kepada rakyat untuk menghapuskan hutang peneroka, apabila janji itu dilaksanakan, sudah tentu ada kos yang perlu ditanggung kerajaan. Jangan pula mengeluh apabila terpaksa membayarnya,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, hutang yang dihapuskan melibatkan pelbagai bentuk pinjaman peneroka termasuk kos tanam semula, pinjaman sara hidup, pembesaran rumah, pendidikan serta kemudahan lain yang sebelum ini didahulukan oleh FELDA.

Menurut beliau, apabila keputusan dibuat untuk menghapuskan hutang berkenaan, tanggungan kewangan tersebut tidak hilang begitu sahaja sebaliknya dipindahkan kepada FELDA dan kerajaan.

“Justeru, kerajaan kini perlu menyediakan kira-kira RM1 bilion setiap tahun bagi memenuhi komitmen yang lahir daripada janji pilihan raya itu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Manifesto PH pada 2018 mengandungi beberapa lagi janji berimpak fiskal tinggi termasuk pemansuhan tol, penghapusan hutang PTPTN serta caruman KWSP untuk suri rumah.

“Kalau sudah berjanji, jangan mengeluh apabila kerajaan hari ini perlu menanggung kos untuk menunaikan janji itu,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, keputusan menghapuskan hutang peneroka itu dilaksanakan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan sebahagian besar hutang peneroka diselesaikan menerusi pakej bantuan kerajaan.

Bagaimanapun, penghapusan tersebut tidak bermaksud hutang FELDA lenyap sebaliknya komitmen berkenaan diambil alih kerajaan yang kemudiannya diteruskan oleh pentadbiran Kerajaan MADANI melalui jaminan dan perjanjian rasmi bagi memastikan kedudukan kewangan FELDA kekal mampan serta kebajikan peneroka terus terpelihara.

Tambahnya, isu pembiayaan semula hutang FELDA terus menjadi antara topik utama dalam perbahasan berkaitan kelestarian institusi itu khususnya mengenai keseimbangan antara memenuhi janji kepada peneroka dan kemampuan fiskal kerajaan dalam jangka panjang. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo