KLUANG – Chu Poh Yee, malam ini diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Pencalonan anak jati Kluang berusia 33 tahun itu diumumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam Majlis Pengumuman Calon DUN Mengkibol di Jalan Ismail di sini malam ini.
Menurut Anthony, Poh Yee merupakan calon baharu menggantikan Chew Chong Sin yang akan bertanding di kerusi Parlimen Labis pada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.
Turut hadir Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi.
Poh Yee ketika berucap dalam majis tersebut merakamkan terima kasih kepada pucuk pimpinan DAP kerana memilihnya sebagai calaon baharu di Mengkibol.
“Saya terima amanah ini dengan penuh tanggungjawab kerana saya sedar bahawa pencalonan dalam pilihan raya ini adalah amanah yang sangat besar.
“Seperti anak muda yang lain saya pernah tinggalkan Kluang untuk melanjutkan pelajaran, bekerja dan membina pengalaman serta melihat dunia,” katanya.
Beliau berkata, namun akhirnya pulang semula ke Kluang kerana merasa terpanggil untuk melaksana tanggungjawab dan memberikan sumbangan.
Katanya, daerah ini mempunyai harapan, potensi besar dan masa depan untuk dibina bersama-sama dengan semangat penduduknya.
Poh Yee berkata, beliau mempunyai pengalaman berdepan masyarakat sebelum ini semasa bekerja di Pusat Khidmat Parlimen Kluang dan Pusat Khidmat DUN Mengkibol.
“Saya sendiri berpeluang mendengar suara rakyat memahami cabaran yang dihadapi mereka. Pengalaman ini membuatkan saya tahu rakyat bukan sahaja mahukan pembinaan fizikal tetapi juga lebih bvanyak peluang pekerjaan di Kluang.
“Begitu juga mereka mahukan kestabilan politik dan masa depan lebih terjamin untuk anak-anak muda semuanya. Sebab itu saya berdiri di sini hari ini bukan kerana saya ada jawapan setiap soalan tetapi sedia pikul tanggungjawab untuk majukan tempat ni.
“Bukan juga kerana saya kejar jawatan tetapi saya percaya bahawa peluang Mengkibol boleh menjadi tempat yang lagi baik,” katanya.- MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment