NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Johor: Senarai calon BN dimuktamadkan dalam masa terdekat - Ahmad Zahid



ISKANDAR PUTERI - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan pembahagian kerusi BN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Presiden UMNO itu berkata, senarai calon sehingga kini masih belum diserahkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Pengerusi BN Johor kepadanya.

"Kita akan memuktamadkan dalam waktu yang tidak begitu lama dari sekarang.

"Pembahagian kerusi kita hampir memuktamadkan dan calon daripada parti-parti komponen BN, saya akan berunding semasa saya ada di Johor ini," katanya.

Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) di Stadium Tertutup Kompleks Educity di sini pada Ahad.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri Dr SA Vigneswaran dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 yang berlangsung pada Mac 2022, gabungan Barisan Nasional (BN) telah menang besar dengan memperoleh majoriti dua pertiga setelah berjaya memenangi 40 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).


Sumber | Sinar Harian 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo