NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Noh Omar umum kembali kepada UMNO



ISKANDAR PUTERI - Bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Tan Sri Noh Omar mengumumkan penyertaan semula ke dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) melalui Rumah Bangsa, pada Ahad.

Tindakan itu dilakukan selepas beliau melepaskan semua jawatan dan keahliannya dalam Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

"Saya amat menghormati prinsip UMNO dan BN di negeri ini, apatah lagi selepas mendengar ucapan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Disebabkan itulah saya bersetuju kembali dengan BN menjelang PRN Johor ini.

"Saya juga yakin, Insya-ALLAH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 nanti, UMNO akan mempunyai prinsip yang sama, tidak akan bersama dengan DAP," katanya kepada selepas Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor di Stadium Tertutup Kompleks EduCity di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau memberitahu keputusan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat kerana mendapati parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan tidak menghormati prinsip dan keputusan ditetapkan Majlis Tertinggi parti.

"Saya memang sudah letak jawatan dan keluar Bersatu, jadi saya ingat tidak perlu tulis surat, saya dah isytihar perkara itu jadi secara automatik saya sudah keluar," katanya.

Pada masa sama, beliau turut berharap UMNO akan menjalinkan kembali kerjasama dengan Pas sekali gus menyatukan masyarakat Melayu di negara ini.

"Saya juga berharap UMNO akan dapat bekerjasama dengan Pas yang akan dapat menyatukan lagi kekuatan perpaduan Melayu. Saya yakin kalau UMNO dengan Pas boleh bersama, mereka boleh tubuhkan kerajaan tanpa perlukan bantuan daripada parti-parti lain," katanya.


Sumber | Sinar Harian 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo