NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Tak nak duduk semeja dengan DAP, tapi Presiden anda duduk sebelah saya tiap-tiap minggu' - Anthony



SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke membidas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi yang sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar daripada bekerjasama dengan DAP.

Beliau berkata, pendirian itu merupakan satu bentuk keangkuhan, malah ia bercanggah dengan realiti politik semasa di peringkat Persekutuan apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi duduk semeja dengannya dalam Mesyuarat Kabinet.

“Anda tak nak duduk semeja dengan DAP... hebat! Teruskan keangkuhan kamu.

“Tapi, Presiden anda tiap-tiap minggu duduk sebelah dengan Setiausaha Agung DAP ya... harap maklum... terima kasih,” katanya dalam satu hantaran Facebook pada Ahad.

Anthony turut memuatnaik gambar beliau ketika duduk bersebelahan dengan Ahmad Zahid dalam satu mesyuarat.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menolak untuk kerjasama dengan DAP dan sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar sekiranya keadaan itu berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Onn Hafiz berkata, realiti politik di negeri itu berbeza di peringkat Persekutuan apabila kerjasama BN khususnya UMNO dan DAP tidak pernah terjalin selama ini.


Sumber | Sinar Harian 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo