NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin UMNO terlalu ego, ‘over confident’, dakwa Puad



JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi mendakwa terdapat komplot antara UMNO dan Pas membentuk kerjasama politik untuk  pilihan raya negeri (PRN) khususnya di Johor dan Negeri Sembilan.

Beliau juga mendakwa, terdapat usaha dalam kalangan pemimpin parti itu mengadakan rundingan secara tertutup dengan Pas menjelang PRN Johor sebelum ini.

Dakwanya, antara persetujuan awal yang didakwa dicapai ialah Pas tidak akan meletakkan calon pada PRN Johor, sekali gus memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Dalam kalangan pemimpin UMNO termasuk Datuk Megat (Setiausaha Politik Presiden UMNO) percaya rundingan itu berjaya dan UMNO akan menang besar di Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Puad yang juga bekas Speaker DUN Johor berkata, perkara tersebut turut dibangkitkan dalam mesyuarat MKT UMNO pada 10 Jun lalu.

Menurutnya, beliau bersama-sama beberapa ahli MKT lain mengingatkan bahawa rundingan dengan Pas hanya wajar diteruskan jika matlamatnya untuk memenangi PRN atau pilihan raya umum (PRU).

“Namun jika kerjasama itu bertujuan penyatuan ummah, saya berpandangan ia tidak akan berjaya.

“Lebih baik memberi tumpuan kepada Musyawarah Nasional yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ghani Othman,” katanya.

Sementara itu, Puad mendakwa terdapat pemimpin UMNO yang terlalu yakin parti itu mampu mencatat kemenangan besar di Johor susulan rundingan berkenaan.

“Ada juga yang berpandangan kalau Bossku (Datuk Najib Razak) masih dalam semasa PRN Johor tidak mengapa. Kerjasama UMNO-Pas ini lebih besar impaknya walaupun Bossku tidak dapat membantu kempen.

“Itu punca ada pemimpin UMNO menjadi terlalu ego dan ‘over confident’. Malangnya kerjasama Pas-UMNO gagal. Politik BN jadi caca marba. Ia diburukkan lagi dengan dengan barisan calon BN yang anti aspirasi orang muda, kitar semula dan mediocre,” katanya.- MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo