KUALA LUMPUR – Pas mengarahkan seluruh pengundi dan ahli parti itu supaya tidak memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara PH dan Barisan Nasional (BN).
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Pas Pusat yang berlangsung hari ini.
“Pas menyeru pengundi tidak memberikan undi kepada PH termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan BN dan PH,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Pas juga akan menggerakkan seluruh jentera di 11 kerusi yang ditandingi selain meneruskan agenda mempertahankan kuasa politik Melayu-Islam di Johor.
Menurut beliau, Pas akan memperhebat usaha menyantuni pengundi daripada pelbagai lapisan masyarakat menerusi slogan ‘Jom Jaga Johor’.
Selain memberi fokus kepada PRN Johor, Pas turut memutuskan untuk memulakan persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Kenyataan itu sekali gus memperlihatkan pendirian tegas Pas untuk menjadikan penolakan terhadap PH sebagai antara mesej utama kempen parti berkenaan dalam PRN Johor.
Semalam, Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon UMNO-BN di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor 11 Julai ini.
Jelasnya, arahan itu dikeluarkan bagi memastikan sokongan kepada UMNO-BNBN di kawasan tidak mempunyai calon daripada Perikatan Nasional (PN). – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment