NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas dicabar nyatakan pendirian terhadap kepimpinan Azmin di bawah PN Selangor



KUALA LUMPUR – Ekoran ‘perceraian’ Pas dengan Bersatu, timbul persoalan mengenai kedudukan Pas Selangor dalam Perikatan Nasional (PN) yang sehingga kini masih dipimpin oleh pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Mohamed Azmin juga Ketua Pembangkang di Dewan Negeri Selangor.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Ammar Izham berkata, Pas Selangor setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung pendirian mereka.

“Persoalan yang wajar dijawab ialah sama ada Pas Selangor akan terus bergerak dalam kerangka politik yang diterajui oleh Bersatu di Selangor atau mempunyai pendirian tersendiri berhubung keputusan yang dibuat oleh pimpinan pusat parti mereka.

“Seharusnya Pas Selangor berani menyatakan sikap mereka di Selangor memandangkan mereka sering diuar-uarkan lebih berkeupayaan memimpin PN berbanding Bersatu,” katanya dalam kenyataan.

Lebih menarik, menurut Ammar, Bersatu sendiri telah menyatakan komitmen untuk terus memperkukuhkan PN walaupun Pas mengambil keputusan menamatkan hubungan politik antara kedua-dua parti.

Oleh itu, Pemuda AMANAH Selangor mencabar Pas Selangor menyatakan secara terbuka pendirian menerima dan mematuhi sepenuhnya keputusan Pas Pusat untuk memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan menolak sepenuhnya kepimpinan Mohamed Azmin di Selangor dan segera menukar Ketua Pembangkang menjelang Sidang Khas yang akn dilaksanakan pada 19 Jun ini.

“Jika Pas Selangor memilih untuk kekal dengan status quo atas sebarang alasan, ini membuktikan mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mengetuai pembangkang apatah lagi sebagai pemerintah negeri,” katanya. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo