PADANG TERAP - UMNO Kedah melihat keyakinan Perikatan Nasional (PN) untuk menyapu bersih kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya akan datang sebagai pandangan yang perlu dinilai berdasarkan realiti politik semasa.
Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, gelombang sokongan yang dinikmati PN ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 tidak semestinya kekal sepenuhnya selepas lebih tiga tahun setengah mentadbir negeri itu.
Menurutnya, walaupun mengakui PN berada pada kedudukan yang kukuh ketika itu, landskap politik kini telah berubah dan sokongan rakyat tidak boleh dianggap milik mana-mana pihak secara mutlak.
“Pada waktu itu, saya akui gelombang memang memihak kepada mereka. UMNO ketika itu berdepan kesukaran untuk mendapatkan sokongan rakyat.
“Tetapi selepas tiga tahun setengah, bukan semua gelombang itu milik mereka. Bukan semua ombak itu ada pada mereka. Bagilah sedikit kepada orang lain juga,” katanya pada pada sidang akhbar selepas ditemui pada Majlis Perasmian Durian@Prospek Pedu 4.0 di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melahirkan keyakinan bahawa PN mampu menyapu bersih kesemua 36 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen di Kedah pada PRU16.
Mahdzir bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kenyataan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai gaya politik Sanusi yang sudah diketahui ramai.
“Memang perangai Menteri Besar macam itu. Bukan perkara baharu. Dari mula jadi Menteri Besar sampai sekarang, cara dia bercakap masih sama.
“Ada perkara yang tersurat dan ada yang tersirat dalam kenyataannya. Kadang-kadang dia ada lapik, kadang-kadang dia cakap terus sahaja. Jadi kita dengar dan buat analisis sendiri,” ujarnya.
Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada kekuatan sokongan rakyat serta kesiapsiagaan jentera parti yang sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.
Menurut Sanusi, PN yang kini menguasai 33 daripada 36 kerusi DUN di Kedah yakin mampu menambah baki kerusi yang masih berada di tangan pihak lawan.
Beliau turut mendakwa DAP akan kehilangan kerusi DUN Kota Darul Aman, manakala PN berupaya merampas kerusi DUN Sidam dan Bakar Arang selain optimis menawan kerusi Parlimen Sungai Petani pada pilihan raya akan datang.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


Perbincangan dalam talian, catatan blog, Facebook dan komen awam tentang DATUK YIP KUM FOOK—seorang peguam, bekas ahli politik MCA Gombak, dan presiden Persatuan Buddha Samnak Sambodhi di Taman Desa Jaya, Kepong—sering memaparkan kritikan keras.
ReplyDeleteCatatan dan komen yang diedarkan termasuk dakwaan dan kebimbangan berikut:
Pertikaian Kuil: Komen tanpa nama menuduh Yip menyalahgunakan kuasanya di Persatuan Buddha Samnak Sambodhi di Kepong, mendakwa bahawa dia mengganggu urusan kuil, memaksa sami dan pengasas keluar, dan menggunakan polis atau samseng untuk mengganggu ahli kuil.
Salah Laku Kewangan dan Peribadi: Beberapa catatan dan komen dalam talian mendakwa bahawa dia menipu orang ramai dan sami Buddha untuk mendapatkan wang, menipu wanita dan melakukan pelbagai pelanggaran kewangan atau peribadi dalam komuniti tempatan.
Respons Komuniti: Pengguna yang membincangkan isu-isu ini telah meluahkan rasa malu mereka dan menyatakan bahawa mereka akan membawa perkara itu kepada perhatian Sultan Selangor.
Dari Ng Siong Hong(Ah Chong)