NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Terus terang saya tidak akan kembali ke PKR’ - Mohamad Rafie



SEREMBAN - Selepas tiga tahun meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek akhirnya memilih Pas sebagai wadah baharu perjuangan politiknya.

Beliau berkata, berdasarkan penilaiannya sekarang, Pas merupakan parti yang terbaik.

"Kita ada 71 parti di dalam negara ketika ini, tetapi setelah saya buat penilaian, saya fikir buat masa ini Pas adalah parti yang terbaik.

"Apatah lagi kalau kita lihat komponen-komponen besar seperti Pakatan Harapan, Barisan Nasional (BN) yang telah diberi amanah oleh rakyat, namun membawa masalah khususnya dalam konteks kerajaan Negeri Sembilan," katanya kepada Sinar Harian.

Malah ujarnya, krisis yang sedang berlaku di negeri itu juga adalah bukti kegagalan kepimpinan yang ada hari ini untuk mengurus dan mentadbir negeri dengan baik.

Beliau berkata, meskipun Pas dilihat oleh sesetengah pihak sebagai satu parti yang berbeza, namun parti itu telah membuktikan mereka tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum.

"Walaupun saya sedar hakikatnya kebanyakan orang bukan Melayu melihat Pas sebagai satu parti yang berbeza, tapi saya ingin meyakinkan bahawa Pas akan memberi keadilan kepada semua.

"Ia terbukti apabila masyarakat bukan Islam di Kelantan dan Terengganu tidak pernah dipinggirkan, malah hidup dalam keadaan harmoni," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa penyertaannya ke dalam Pas bukan kerana ditawarkan menjadi calon pada pilihan raya negeri (PRN) ini, tetapi keyakinannya terhadap parti berkenaan untuk membawa perubahan.

Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti dan bersedia untuk menggalas apa-apa tanggungjawab sekiranya diberi kepercayaan.

"Saya menyertai Pas hanya sebagai ahli biasa. Terpulang kepada pucuk pimpinan, malah saya tidak mengharapkan apa-apa.

"Tetapi setakat kemampuan yang saya ada, saya berharap dapat menyumbang sesuatu kepada parti," katanya.

Beliau turut mengakui bukan mudah untuknya membuat keputusan menyertai Pas, malah pada awalnya tidak berhasrat menyertai mana-mana parti kerana sudah selesa dengan kehidupannya sekarang

Namun jelasnya, melihat permasalahan dihadapi negara ketika ini, beliau rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan itu mengakui tidak pernah terfikir untuk kembali menyertai PKR.

Menurut Mohamad Rafie, meskipun terdapat rakan dalam parti yang mengajaknya kembali, perkara itu tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

“Saya tidak nafikan ada rakan daripada PKR yang datang berjumpa dan mengajak saya bersama. Namun, terus terang saya katakan, saya tidak pernah terfikir untuk kembali kepada PKR.

“Malah, selepas meninggalkan PKR, saya meneruskan kehidupan dengan gembira kerana tidak berdepan sebarang tekanan,” katanya.

Mohamad Rafie antara 15 individu yang diumumkan menyertai Pas dalam program Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya di sini Sabtu lalu.

Majlis penyerahan borang keahlian disempurnakan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Untuk rekod, pada PRN 2023, Mohamad Rafie yang merupakan penyandang kerusi DUN Ampangan daripada PKR ketika itu membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Bebas selepas tidak disenaraikan.

Bagaimanapun, beliau tewas dalam pertembungan tiga penjuru dengan memperoleh 3,079 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau yang bertanding mewakili PH memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,360 undi.


Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Perbincangan dalam talian, catatan blog, Facebook dan komen awam tentang DATUK YIP KUM FOOK—seorang peguam, bekas ahli politik MCA Gombak, dan presiden Persatuan Buddha Samnak Sambodhi di Taman Desa Jaya, Kepong—sering memaparkan kritikan keras.

    Catatan dan komen yang diedarkan termasuk dakwaan dan kebimbangan berikut:

    Pertikaian Kuil: Komen tanpa nama menuduh Yip menyalahgunakan kuasanya di Persatuan Buddha Samnak Sambodhi di Kepong, mendakwa bahawa dia mengganggu urusan kuil, memaksa sami dan pengasas keluar, dan menggunakan polis atau samseng untuk mengganggu ahli kuil.

    Salah Laku Kewangan dan Peribadi: Beberapa catatan dan komen dalam talian mendakwa bahawa dia menipu orang ramai dan sami Buddha untuk mendapatkan wang, menipu wanita dan melakukan pelbagai pelanggaran kewangan atau peribadi dalam komuniti tempatan.

    Respons Komuniti: Pengguna yang membincangkan isu-isu ini telah meluahkan rasa malu mereka dan menyatakan bahawa mereka akan membawa perkara itu kepada perhatian Sultan Selangor.

    Dari Ng Siong Hong(Ah Chong)

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo