NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Desak Samsuri letak jawatan: Bersekutu Bersatu jangan terlalu awal bunyikan siren kecemasan -DHPP Pas Sepang



KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Sepang menegur Naib Ketua Bersekutu Bersatu Selangor Rejean Kumar Ratna susulan desakan supaya Datuk Seri Dr. Samsuri Mokhtar meletakkan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Tegas Sree Jalaraman Suliaraju , Rejean tidak seharusnya terlalu awal ‘membunyikan siren kecemasan’.

“Terus terang, saya agak hairan dengan kenyataan tersebut. Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru sahaja dibubarkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun masih belum mengumumkan tarikh penamaan calon atau hari mengundi, tetapi sudah ada pihak yang bertindak seolah-olah PN sedang menghadapi kekalahan besar.

“Kalau rumah belum terbakar, tidak perlulah terlalu awal membunyikan siren kecemasan,” tegasnya.

Sree Jalaraman berkata, sebagai sebuah gabungan politik yang matang PN mempunyai pelbagai perbincangan, perancangan dan penyelarasan yang sedang berlangsung di pelbagai peringkat.

Tambahnya, tidak semua perkara perlu diumumkan kepada media atau diperdebatkan di Facebook sebelum tiba masanya.

Kata Sree Jalaraman, musuh politik PN tersenyum lebar apabila melihat ada pihak lebih sibuk ‘menembak’ rakan sendiri daripada mempersiapkan jentera menghadapi pilihan raya.

Justeru, beliau menasihatkan jika ada pandangan atau ketidakpuasan hati supaya disalurkan ke Majlis Tertinggi PN, kepimpinan negeri dan pelbagai platform dalaman.

“Saya juga ingin mengingatkan bahawa kepimpinan bukan diukur berdasarkan kekerapan muncul di media atau mengeluarkan kenyataan setiap hari.

“Kadang-kadang pemimpin yang paling banyak bekerja ialah mereka yang paling kurang bercakap,” katanya.

Terdahulu Rejean berkata, tindakan Samsuri “menghilangkan diri” sejak beberapa minggu tanpa sebarang kenyataan rasmi berkaitan beberapa isu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.-MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Ada orang terengganu dah mula buat baca qunut nazilah sebab bil air mencanak naik sebab dasar pengebilan baru oleh syarikat air terengganu yg dipengurusikan oleh mb trg.
    Eg. kalau dulu bill sebulqn Rm20 sekarang dah jadi Rm80. sebulan

    Ada yg kata sbb air di trg mahal ni sebab guna teknologi angkasa lepas, dan lagi asal malam je jadi air slow dan kalau contoh buka full satu tap meter gerak sama mcm masa pagi yg air kelajuan biasa, ni munkin sbb mlm air ada power kot hihi.
    Dan pastu pd jam 11mlm mula la air sgt slow then takdak air sampai subuh, then keluarlah air berwarna karat .. haha ni munkin cara modul cuci paip air skima sains angkasa lepas kot, haha.

    Apa ke bala Mesia nih, pee.em kaki auta, tpm jawa 47, pastu dlm kera jaan ada yg nampak mcm pro isrehell, diperingkat lain ada yg bertanjak salutan ugama, ... dan pastu ada mcm² lagi lah yg aneh²

    Apa ke bala ni.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo