NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua J-Kom ketiga berundur selepas 17 bulan



PETALING JAYA:
 Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) sekali lagi bakal menyaksikan pertukaran kepimpinan selepas Ketua Pengarahnya Ismail Yusop mengesahkan tempoh perkhidmatannya berakhir hari ini.

Ismail memberitahu FMT beliau telah ditugaskan ke jawatan baharu, namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

“Perkhidmatan saya sebagai ketua pengarah J-Kom perlu ditamatkan lebih awal bagi membolehkan saya dilantik ke jawatan baharu. Ada tugasan baharu yang perlu dilaksanakan.

“Insya-Allah, saya kekal setia dan komited untuk terus menjayakan agenda kerajaan Madani,” katanya.

Difahamkan, Ismail menyampaikan amanat terakhirnya kepada kakitangan J-Kom menerusi Google Meet pada Jumaat lalu.

Setakat ini, belum diketahui siapa yang akan menggantikan beliau atau bila pelantikan baharu itu akan diumumkan.

Bekas senator PKR itu dilantik ke jawatan berkenaan pada Januari 2025, menggantikan Khairuddin Othman, yang juga daripada PKR.

Ismail individu ketiga menerajui agensi itu sejak pentadbiran Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan pada November 2022.

J-Kom, yang diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi, bertanggungjawab menyelaras komunikasi kerajaan serta usaha libat urus dengan orang awam.


Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo