NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN Johor henti tunggang DAP untuk raih undi Melayu – Faezuddin



JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor perlu henti tunggang DAP untuk kempen pilihan raya negeri (PRN) pada kali ini bagi meraih undi Melayu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, BN Johor hanya memperalatkan DAP ketika memerlukan bantuan untuk menang pilihan raya.

“Tolonglah, henti tunggang DAP sebagai modal kempen pilihan raya. Kalau benar DAP ancaman melayu Islam, dulu Presiden UMNO berpenggal-penggal sebagai Perdana Menteri kenapa tak batalkan pendaftaran DAP? Kan lebih mudah,” katanya dalam kenyataan.

Semalam Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berucap dalam pelancaran jentera BN Johor menegaskan, beliau enggan memegang jawatan Menteri Besar Johor sekiranya perlu bekerjasama dengan DAP jika menang dalam PRN akan datang.

Tegas beliau, kerjasama antara BN khususnya UMNO dan DAP di negeri ini tidak pernah terjalin selama ini, berbeza berbanding realiti yang dihadapi di peringkat Pusat.

Mengulas lanjut, Faezuddin secara sinis berkata, Presiden UMNO setiap minggu duduk sebelah Setiausaha Agung DAP dalam mesyuarat kabinet kerajaan Madani.

“Dulu BN tanding Mahkota, bukan main gerak sana sini berkempen bersama DAP.  Sebab nak raih undi daripada pengundi bukan bukan melayu.

“Tak ada masalah pun,” ujarnya merujuk kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota pada September 2024 menyaksikan kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH).

Kempen PRK berkenaan menyaksikan kerjasama bersepadu melibatkan komponen BN an PH termasuk DAP yang membantu jentera BN.- MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo