PAS sebelum ini umum hasrat bertanding 17 kerusi iaitu Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Kuala Linggi, Taboh Naning, Rembia, Durian Tunggal, Ayer Molek, Pengkalan Batu, Telok Mas, Duyong, Sungai Rambai, Merlimau dan Serkam.
Ketua Penerangan Bersatu Melaka, Hishamuddin Abdul Karim, berkata jumlah kerusi itu sama seperti ditandingi pada PRN 2021.
Bagaimanapun, beliau berkata ia hanya cadangan awal kerana keputusan muktamad akan ditentukan oleh jawatankuasa perundingan kerusi yang diwakili semua wakil parti komponen.
“Kali ini dijangka MIPP (Parti Rakyat India Malaysia) bertanding di dua kerusi seperti mereka cadangkan kepada PN di Melaka. PN Melaka juga bersetuju membentuk jawatankuasa perundingan kerusi diwakili semua wakil parti komponen,” katanya kepada FMT.
Pada PRN lalu, Bersatu bertanding 15 kerusi, PAS (8) dan Gerakan (5). Namun, PN hanya menang 2 DUN iaitu Sungai Udang dan Bemban yang kedua-duanya dimenangi calon Bersatu.
Sementara itu, Hishamuddin berkata hubungan antara parti komponen PN termasuk PAS juga kekal baik di Melaka.
Katanya, fokus ketika ini adalah memperkukuhkan organisasi, mendekati rakyat dan memastikan Bersatu serta PN berada dalam keadaan paling bersedia menghadapi kemungkinan politik.
Mengulas hubungan Bersatu dan PAS di peringkat pusat, beliau memaklumkan ia diserahkan sepenuhnya kepada Presiden Muhyiddin Yassin untuk diselesai secara harmoni.
“Bersatu tidak pernah meletakkan masa depan perjuangan parti bergantung kepada hubungan dengan mana-mana parti politik, sebaliknya kekal berpegang kepada prinsip dan agenda perjuangan yang jelas sejak penubuhannya,” katanya.
Menurutnya, Bersatu akan terus mempertahankan PN sebagai wadah politik terbaik untuk membawa suara rakyat serta menawarkan kepimpinan stabil, berintegriti dan berwibawa kepada negara.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment