NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersama harap dapat tampil 70% calon bawah usia 50 tahun



PETALING JAYA:
 Parti Bersama Malaysia (Bersama) berharap dapat menampilkan 70% calon pilihan raya berusia bawah 50 tahun, termasuk pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

“Yang tua jangan marah kerana masih ada 30% dan jumlah itu agak besar,” kata pemimpin Bersama, Rafizi Ramli, pada satu ceramah di Seremban, Negeri Sembilan semalam.

Sementara itu, Rafizi berkata partinya akan sedaya upaya menampilkan ramai calon wanita, dengan sasaran sebanyak 50%.


“Kita perlukan calon wanita yang berkelayakan dalam kalangan Melayu, Cina dan India, tampil ke depan dan jadi calon kami,” katanya, lapor Harian Metro.

Bersama, yang dilancarkan tiga minggu lalu, menarik penyertaan kira-kira 25,000 orang, kata Rafizi yang berharap dapat capai 50,000 dalam masa sebulan.


Sumber | FMT Malaysia





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo