NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO perlu nyatakan pendirian isu dasar pendidikan Bumiputera - Ahmad Fadhli



SHAH ALAM – UMNO perlu menyatakan pendirian secara terbuka berhubung keperluan dasar pendidikan Bumiputera yang jelas susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menimbulkan polemik.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, UMNO sebagai antara penganjur Kongres Pendidikan Bumiputera, tidak boleh berdiam diri dalam isu yang melibatkan masa depan pembangunan golongan berkenaan.

Justeru beliau mendesak parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu untuk tampil secara terbuka dan menyatakan sama ada menyokong keperluan dasar pendidikan Bumiputera yang jelas atau memilih pendekatan seperti yang dinyatakan kerajaan ketika ini.

"Dalam sejarah pembangunan ekonomi Malaysia, kemajuan Bumiputera tidak pernah berlaku secara kebetulan, ia lahir daripada dasar yang jelas, institusi tersusun dan keberanian politik untuk mengakui bahawa ketidakseimbangan struktural memerlukan penyelesaian terarah.

"Apabila Perdana Menteri secara terbuka menyatakan dalam ucapan di Majlis Perasmian Sambutan 60 Tahun MARA bahawa tidak perlu ada dasar pendidikan Bumiputera yang jelas, kenyataan ini bukan sahaja mengejutkan, tetapi menimbulkan persoalan besar terhadap arah sebenar dasar negara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan, negara tidak boleh bergantung kepada dasar yang kabur dan tidak berstruktur kerana pembangunan memerlukan arah jelas, institusi yang kuat dan keberanian politik untuk membuat keputusan tidak popular tetapi perlu.

Malah ujarnya, kegagalan untuk menyatakan pendirian tegas adalah isyarat bahawa agenda Bumiputera telah menjadi sekadar slogan tanpa komitmen dasar yang sebenar.

"Kesan daripada pendekatan kabur ini bukan kecil (kerana) tanpa dasar yang jelas, jurang kemahiran dalam sektor pertumbuhan tinggi bernilai tinggi akan terus melebar.

"Tanpa pemantauan khusus, kita tidak akan tahu sama ada pelajar Bumiputera benar-benar bersedia untuk memasuki sektor strategik seperti teknologi, kejuruteraan dan ekonomi digital.

"Tanpa struktur yang tersusun, ketirisan dan penyeludupan peluang akan terus berlaku dalam senyap," ujarnya.


Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo