NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sukri persoal EXCO DAP diam diri isu Sultan Selangor



BANGI, 4 ZULHIJJAH – Pemuda PAS Selangor mempersoalkan pendirian EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim, berhubung kontroversi membabitkan pemimpin DAP dan Sultan Selangor.

Ketuanya, Mohamed Sukri Omar bertanya sama ada Suee Lim tidak mahu mengeluarkan kenyataan mempertahankan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ini berikutan beberapa tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas EXCO DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew  serta Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua.

“Ng Suee Lim tak mahu keluarkan kenyataan mempertahankan DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Tuanku Sultan Selangor ke?

“Apa pandangan kamu tentang tindakan ADUN Seri Kembangan? Tony Pua? Ronnie Liu?” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sukri berkata, gelaran Datuk bukan sekadar panggilan, sebaliknya lambang penghormatan dan pengiktirafan daripada institusi diraja negeri.

“Apabila institusi yang menganugerahkan darjah kebesaran, diasak dan dipersoalkan secara terbuka, sekurang-kurangnya tampilkan pendirian yang jelas dan bermaruah.

“Kalau benar hormat kepada Raja Berperlembagaan, inilah waktunya tunjukkan kesetiaan kepada institusi negeri, bukan sekadar diam membisu melihat penghinaan demi penghinaan berlaku,” katanya.

Beliau berkata, rakyat sedang memerhati sikap pemimpin dalam isu membabitkan institusi diraja.

“Jangan sampai rakyat melihat ada pihak hanya selesa menerima anugerah, tetapi terlalu sukar mempertahankan kehormatan institusi yang menganugerahkannya,” katanya.

Berdasarkan rekod, Suee Lim menerima darjah kebesaran Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Selangor pada 2023.

Selasa lalu, Sultan Selangor menyarankan Siew Ki dan Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.

Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara.

Tony Pua pula dilaporkan membuat kenyataan dalam Facebook bahawa secara umumnya, kuasa raja terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo