Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata PUTRA juga akan membincangkan hala tuju parti jika Hamzah serius berminat menyertai perjuangan mereka.
“PUTRA terbuka untuk semua selagi menerima dasar dan prinsip perjuangan PUTRA,” katanya dalam satu pesanan ringkas kepada TV Pertiwi.
Ditanya sama ada PUTRA bersedia jika Hamzah mahu mengambil alih parti itu secara total, Ibrahim berkata: “Kena bincang dengan Ahli Dewan Tertinggi (ADT) PUTRA.
“PUTRA bukan saya punya. Segala keputusan hak ADT,” katanya.
Media minggu lalu melaporkan hasrat Hamzah dan pengikutnya untuk menyertai sebuah parti politik sedia ada bagi kekal dalam Perikatan Nasional (PN) tidak kesampaian.
Sumber berkata PN ketika ini tidak menerima penyertaan parti baharu berikutan bantahan keras pimpinan BERSATU ketika Mesyuarat Majlis Tertinggi PN.
Katanya, BERSATU menolak penyertaan parti baharu kerana khuatir ia akan menjadi “rumah baharu” kepada Hamzah dan pengikutnya.
Presiden PAS bagaimanapun mendakwa parti Islam itu tidak akan tunduk kepada kehendak mana-mana pihak termasuk BERSATU dalam menentukan hala tuju politik mereka. Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan mengkaji secara terperinci setiap tindakan negatif yang dilakukan oleh BERSATU.
Katanya, PAS tidak menolak kemungkinan untuk bergerak tanpa BERSATU menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sekiranya PN gagal mencapai kata sepakat.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment