IPOH – Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang yang baharu disifatkan sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh peranan semak dan imbang di peringkat nasional.
Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Idris Ahmad berkata, sebagai Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri mempunyai ciri kepimpinan berwibawa, berintegriti dan mampu membawa suara rakyat secara matang, tegas serta konstruktif.
"Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang tenang, berfakta dan mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran serta pengurusan kerajaan negeri.
"Saya yakin beliau mampu memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan fungsi semak dan imbang di Parlimen serta mengangkat isu rakyat dengan lebih tersusun dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Idris yang juga Naib Presiden Pas merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas pelantikan sebagai Ketua Perikatan Nasional (PN) Perak.
Beliau berkata, pengalaman bekas Menteri Besar Perak itu diyakini mampu memperkukuh kesatuan dalam kalangan pimpinan PN di negeri ini selain memperhebat gerak kerja politik dan kebajikan rakyat.
"Gabungan kepimpinan ini diyakini mampu membawa semangat baharu kepada perjuangan PN dalam menawarkan politik yang stabil, matang dan berteraskan kepentingan rakyat,” ujarnya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment