NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelajar luar sistem nasional termasuk UEC tidak wajar nikmati subsidi kerajaan



  • Pakar Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad  menyarankan kerajaan agar menetapkan dasar pembiayaan sendiri bagi lepasan sijil di luar sistem pendidikan kebangsaan, termasuk Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekiranya mereka memilih untuk menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
  • “Pelajar yang datang dari luar sistem pendidikan kebangsaan sepatutnya membayar yuran penuh sepertimana yang dikenakan terhadap pelajar antarabangsa. Dalam sistem pendidikan kebangsaan, kita mendukung dasar kurikulum, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta sistem pentaksiran kebangsaan. Oleh itu, wajarlah kerajaan membiayai pendidikan pelajar ini kerana mereka mengikut sistem yang ditetapkan negara.
  • “Namun, bagi mereka yang datang dari luar sistem pendidikan kebangsaan, walaupun layak dari segi merit dan ekonomi, (dicadangkan) kehadiran mereka ke universiti perlulah atas pembiayaan sendiri,” jelas beliau.

KUALA LUMPUR – Pakar Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad menyarankan kerajaan agar menetapkan dasar pembiayaan sendiri bagi lepasan sijil di luar sistem pendidikan kebangsaan, termasuk Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekiranya mereka memilih untuk menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau menegaskan bahawa walaupun golongan tersebut layak memohon berdasarkan merit dan pengiktirafan sijil yang ditetapkan, mereka tidak sewajarnya menerima subsidi pendidikan kerajaan yang lazimnya membiayai sehingga 90 peratus kos pengajian bagi pelajar aliran perdana.

Menurut beliau, langkah tersebut penting bagi memastikan keadilan kepada pelajar yang telah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan sepenuhnya sejak peringkat awal.

“Pelajar yang datang dari luar sistem pendidikan kebangsaan sepatutnya membayar yuran penuh sepertimana yang dikenakan terhadap pelajar antarabangsa.

“Dalam sistem pendidikan kebangsaan, kita mendukung dasar kurikulum, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta sistem pentaksiran kebangsaan. Oleh itu, wajarlah kerajaan membiayai pendidikan pelajar ini kerana mereka mengikut sistem yang ditetapkan negara.

“Namun, bagi mereka yang datang dari luar sistem pendidikan kebangsaan, walaupun layak dari segi merit dan ekonomi, (dicadangkan) kehadiran mereka ke universiti perlulah atas pembiayaan sendiri,” jelas beliau.

Media hari ini melaporkan, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke IPTA termasuk untuk pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan.

Menurutnya, ia turut terpakai kepada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri semalam, yang mempersetujui beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) untuk mengikuti program pengajian di IPTA.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, cadangan beliau itu turut dapat memastikan dasar kerajaan kekal konsisten dalam memartabatkan sistem pendidikan kebangsaan sebagai pilihan utama masyarakat.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai kekeliruan yang timbul berikutan tindakan mengaitkan Sijil Tahfiz dengan isu pengiktirafan UEC.

Beliau berpendapat tindakan tersebut tidak wajar memandangkan aliran Tahfiz selama ini telah sedia diiktiraf dan mematuhi syarat kelayakan kemasukan IPTA, iaitu memiliki Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) penuh dengan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
“Pengiktirafan Sijil Tahfiz dan A-Level bukan perkara baharu dan telah lama dilaksanakan.

Oleh itu, memasukkannya dalam pekeliling yang sama dengan UEC, yang merupakan kes baharu, hanya menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat seolah-olah sijil-sijil tersebut tidak pernah diiktiraf sebelum ini,” katanya. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo