NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS akan gerakkan laporan polis besar-besaran terhadap penderhaka titah Sultan



BANGI, 23 ZULKAEDAH – Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan laporan polis secara besar-besaran terhadap pihak yang menderhaka titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkaitan isu penternakan ladang babi di negeri ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nadzir Helmi berkata, meskipun Sultan Selangor telah menitahkan beberapa kali berhubung perkara tersebut, masih terdapat pihak yang didakwa terus mempertahankan cadangan pembinaan ladang berkenaan.

“Ironinya, meskipun telah ditegaskan beberapa kali melalui titah Baginda Sultan Selangor, pemimpin DAP khususnya dan Kerajaan Madani umumnya terus tekal mempertahankan cadangan pembinaan penternakan ladang babi tersebut. 

“Mengapa begitu sukar untuk mereka memahami apa yang telah disampaikan oleh Tuanku Sultan?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata Pemuda PAS akan menggerakkan seluruh jentera di peringkat nasional bagi membuat laporan polis.

“Cukuplah! Masa yang diberi untuk permohonan maaf sudah berakhir. Kami akan mengarahkan seluruh jentera Pemuda PAS di seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Menteri Komunikasi termasuklah ADUN Seri Kembangan di atas dakwaan penderhakaan terhadap titah DYMM Sultan Selangor,” katanya.

Beliau turut menegaskan Pemuda PAS Malaysia tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana pihak yang didakwa cuba menggugat atau mencemarkan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.

“Pemuda PAS Malaysia tidak akan sesekali berdiam diri terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat, memperlekeh atau mencemarkan kemuliaan institusi Diraja demi kepentingan politik sempit,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki mempertahankan isu ternakan babi atas dasar hak kesamarataan dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Setiausaha Publisiti DAP Selangor itu mendakwa, isu penternakan babi menyentuh hak kesamarataan warganegara yang terjamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan. 

Beliau menegaskan bahawa penternakan babi tidak harus dibezakan dengan penternakan haiwan lain.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo